Sabtu, 12 Februari 2011

Selamat Menginap Di Shahmin Homestay

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini. 

Jika anda ingin mengadakan percutian keluarga atau korporat, Bukit Merah Laketown Resort merupakan satu alternatif yang tepat dan kontemporari. Terletak di Daerah Kerian dan berhampiran dengan bandar warisan Taiping, resort ini memnyediakan pelbagai fasiliti dan infrastruktur untuk kemudahan anda. 

Di samping menyediakan tempat untuk berseminar, resort ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel, kios cenderamata, apartemen servis, taman tema air, eco park, pulau orang utan, kolej kesihatan/kejururawatan, club house, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk bercuti dan menginap di resort ini, Shahmin Homestay yang terletak di Bukit Merah Laketown Resort menyediakan perkhidmatan tersebut untuk keperluan anda. Menginap di Shahmin Homestay lebih menjimatkan kerana selain daripada mempunyai 3 bilik penginapan ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan anda sekeluarga beriadah seperti kolam renang, club house, gimnasium, gelanggang tenis dan taman permainan kanak-kanak. 

Dengan harga yang relatif hampir sama dengan hotel di resort ini, penginapan di Shahmin Homestay sangat berbaloi  kerana ianya dilengkapi dengan 3 bilik penginapan yang berhawa dingin, dan juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti TV, mesin basuh, peti ais, seterika, iron board, pembakar roti, sejadah & telekung solat, arah kiblat yang tepat, kitab Al-Qur'an, vakum, sofa, kerusi/meja makan, kerusi/meja hotel, kemudahan memasak & alatannya (termasuk pinggan mangkuk dan lain-lain) untuk kemudahan penyewa. Selamat bercuti dan ceria di Bukit Merah....


1 ulasan:

  1. My friend is not playing spades, but I'm not - YouTube
    But you can play a card game at the same time, If you are playing a regular deck of 52 playing cards, the player free youtube to mp3 on a red card is

    BalasPadam